| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Kepimpinan | Unit Seni Tampak |
| Unit Pengurusan Sukan | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup |
| Unit Keusahawanan | Unit Khidmat Masyarakat | Unit Pertolongan Cemas | Unit Sains Sukan |
| Unit Seni Muzik | Unit Seni Suara | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |

BERAMAL BERSAMA PENDUDUK PROJEK
4 April 2015, Sabtu - Sub Unit Kokurikulum Hortikultur II (A) dengan kerjasama masyarakat kampung Sungai Badak, Gurun, Kedah telah berjaya menjayakan program KLK Gotong-Royong Khidmat Bakti Masyarakat yang telah bertempat di projek Homestay kampung tersebut. Program ini melibatkan 30 orang pelajar dan bergabung dengan kumpulan Hortikultur II (B) diiringi dengan seorang pengiring.
Program seumpama ini diadakan bagi tujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam pasukan, mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan masyarakat kampung, menyemai sikap tanggungjawab pelajar terhadap alam sekitar, dan bermacam lagi. Menurut ketua kampung Sungai Badak, beliau menyifatkan bahawa aktiviti seumpama ini perlu diadakan lagi bagi mendekatkan pelajar dengan alam sekitar dan suasana kehidupan di kampung dimana mereka menjalankan projek homestay di situ. Oleh itu, diharapkan agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dalam membentuk mahasiswa yang bertanggungjawab dan berkualiti pada masa akan hadapan. |
|
MENIMBA ILMU KEUSAHAWAN DI LADANG AYAM
4 April 2015, Sabtu - Seramai 60 orang pelajar Sub Unit Kokurikulum Veterinar dengan diiringi seorang pegawai pengiring telah mengadakan lawatan sambil belajar di Ladang Ayam Kriss Enterprise yang terletak di Sik, Kedah.
Rasional lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemeliharaan ayam pedaging. Selain dapat melihat peluang ekonomi yang berjaya di sumbangkan para pelajar turut diberi pendedahan tentang alam pekerjaan.
Penerangan telah diberikan oleh pemilik ladang itu sendiri, iaitu En. Rosli dan penolong pegawai veterinar yang bertugas memantau keadaan ayam-ayam di ladang tersebut. Beliau yang telah berkecimpung dengan perusahaan ayam pedaging sejak tahun 2009 berbekalkan modal RM450, 000. Kini terdapat dua ladang ayam tertutup yang dimiliki olehnya hasil daripada kerja keras beliau selama tujuh tahun.
Sewaktu lawatan, pelajar telah melawat sekitar kawasan ladang dan berpeluang melihat sendiri bagaimana ayam-ayam ini dikendalikan dengan baik dan teratur bagi mendapatkan ayam pedaging yang sihat. Pelajar merasai sendiri keadaan sebenar diladang disamping melihat bentuk dan struktur bangunan ladang serta kelengkapan yang digunakan.
Program seperti ini banyak memberikan ilmu kepada pelajar dalam mendalami ilmu keusahawanan serta menjadikan pelajar bermotivasi untuk menjadi insan yang berjaya. Oleh itu, kegiatan luar kuliah (KLK) seumpama ini diharap dapat diteruskan bagi melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran, malah celik dalam ilmu keusahawan.

PROGRAM KHIDMAT SISWA UUM KE PROJEK BERKELOMPOK
PADI KAMPUNG KUBANG PASU
4 April 2015, Sabtu - Seramai 30 orang mahasiswa/i pelajar Kokurikulum Hortikultur Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Encik Mohd Faisal Omar, Jurulatih Sub Unit Kokurikulum Hortikultur (III) A telah menyertai program Khidmat Siswa UUM ke Projek Berkelompok Padi Kampung Kubang Pasu. Program ini dijayakan dengan kerjasama daripada Pegawai Pertanian Daerah Kubang Pasu dan penduduk kampung yang telah diadakan di Kampung Kubang Pasu, Jitra Kedah.
Menurut Encik Faisal, program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i secara praktikal tentang kaedah kawalan perosak tanaman padi para pesawah. Berbantukan wakil daripada pegawai pertanian dan para pesawah, mahasiswa/i berpeluang mengenali jenis perosak utama kepada tanaman padi iaitu tikus dan siput gondang emas.
Menurut beliau lagi, program seumpama ini dapat merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa/i dengan komuniti serta agensi luar di samping dapat memupuk semangat kekitaan. Para pesawah begitu berpuas hati dan berterima kasih kepada mahasiswa/i UUM kerana sudi membantu mereka dalam mengawal haiwan perosak di kawasan sawah padi mereka.
Program yang dijalankan selama sehari itu juga adalah sebagai memenuhi kehendak Kegiatan Luar Kampus (KLK), Pusat Kokurikulum UUM yang memerlukan mahasiswa/i melakukan aktiviti luar yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

KEGIATAN LUAR KULIAH KE PEJABAT PERIKANAN
DAERAH KUBANG PASU, JITRA KEDAH.
4 April 2015, Sabtu - Unit akuakultur VPTA1021 kumpulan A dan kumpulan B telah berjaya mengadakan “Program Pendedahan Amali Dan Praktikal Mengenai Akuakultur” di Pejabat Perikanan Daerah Kubang Pasu. Seramai 30 orang pelajar telah hadir mengikuti program ini dengan diiringi oleh seorang jurulatih, Encik Rosly Abdul Jalil.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan amali dan praktikal kepada pelajar mengenai aktiviti akuakultur serta pendedahan di dalam kelas. Berbantukan pekerja-pekerja di Pejabat Perikanan berkenaan , para pelajar telah diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana rasanya menjadi seorang usahawan akuakultur.
Menurut Encik Rosly Abdul Jalil, jurulatih dalam program berkenaan , menyifatkan program seumpama ini mampu membentuk minat dan pengalaman pelajar dalam mendalami ilmu akuakultur seterusnya melahirkan usahawan akuakultur yang akan berjaya kelak.
Oleh itu, diharap program seumpama ini dapat diteruskan bagi melatih dan membimbing mahasiswa dalam bidang akuakultur dalam memberi sumbangan ekonomi kepada agama, bangsa dan negara.

PROGRAM KOMUNITI GOTONG-ROYONG DAN
JALINAN KASIH, IKAN HIASAN AIR TAWAR BERSAMA
USAHAWAN
4 April 2015, Sabtu - Sub Unit Kokurikulum Teknologi Perikanan dengan kerjasama Encik Adi pemilik bersama kolom ternakan di kg, Bendang Man, Sik Kedah telah berjaya mengadakan program komuniti dan jalinan kasih, ikan hiasan air tawar. Seramai 36 orang pelajar dari kumpulan A telah hadir mengikuti program ini dengan diiringi oleh seorang jurulatih.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan teknik penternakan ikan hiasan dan pendedahan kepada pelajar tentang tanaman akuatik seiring dengan apa yang dipelajari di dalam kuliah. Selain memberi khidmat bakti dengan membersihkan kolam ternakan dan mengadakan sukaneka bersama penduduk kg. Bendang Man.
Menurut En. Adi usahawan penternakan ikan dan udang berkenaan, program kegiatan luar kuliah ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar dengan lebih jelas berbanding pendedahan di dalam kuliah disamping berasa sangat gembira dapat berkongsi pengalaman bersama pelajar.
Oleh itu, diharap program sebegini dapat diteruskan bagi membolehkan pelajar melihat dan merasai sendiri bidang penternakan ikan hiasan dan tanaman akuatik yang menyumbang secara tidak langsung kepada pendapatan negara.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran)
Fax: 04-9283502 Email: [email protected]